Sabtu, 28 Ogos 2010

Kelahiran arnab ke lima bagi bulan Ramadhan 1431H~

Alhamdulillah.. seekor lagi daripada arnab betina kami selamat melahirkan pada
27hb Ogos 2010M / 17 Ramadhan 1431H~


Inilah Janey yang melahirkan untuk kali kedua bagi dirinya.. Kali ani mencabut bulu tia.. hehehe..



Ani pula gambar anak2nya berjumlah 9 ekor kesemuanya.. Rekod ini juga menyamai dengan pencapaian Allahyarhamah Girey suatu ketika dahulu yang juga melahirkan 9 ekor dan yang tertinggi setakat ini..


Dan kami masih menunggu satu lagi yang mungkin akan melahirkan pada Bulan Ramadhan ini Insyallah.. Jualan juga akan di tutup buat sementara sehingga selesainya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H..